Thursday 27 September 2012

BONGGOL UNTA...

                                                    Bismillahirrahmanirrahim..

                                                          Assalamualaikum :)

haa kali ni nak kongsi 1 cerite yang aq ade terbace dalam solusi isu no.44.. erm cerite ke xsure la tapi ade la jugk pgisian nye.. :)
harap2 xkena saman lah sebb memg aq copy 100% crite ni.. hehe



agak2 cerite pasal ape??
asenye semua org tahu kot mende ni tapi xramai pon yang buat..
expecially perempuan...
suke la sgt buat..
xpaham betul aq..
dah2 jom baca article nii..

article ni ada pada halaman 39 majalah solusi isu no.44


SANGGUL BONGGOL UNTA

wanita sentiasa suka mengikut perkembangan semasa dalam berhias sehingga tanpa sedar mengorbankan agama sendiri. Budaya sanggul tinggi walaupun bertudung sudah digemari ramai wanita Islam. Dalam kalangan ustaz pon terdapat perbezaan pendapat. Semoga pihak Ustaz dapat membantu menguraikan kekeliruan ini..

jawapan :

merujuk kaedah fiqah " hukum asal sesuatu perkara adalah harus", maka harus selagi tiada unsur yang bertentangan dengan syariat yang dilakukan.

Trend sanggul tinggi ni mula digemari masyarkat kita kebelakangan ini. Tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ilmuwan Islam berkenaan masalah ini. Kembali kepada kaedah fiqah di atas, maka keharusan sanggul ini dibolehkan kepada muslimah dengan syarat tidak berniat untuk menarik perhatian lelaki ajnabi seterusnya boleh menimbulkan syahwat terutamanya lelaki yang lemah iman dan ditimpa penyakit hati. Bersanggullah setinggi manapun tetapi biarlah untuk suami tersayang, ketika bersama mahram, dan wanita atau di tempat yang tiada lelaki ajnabi.

Mafhum sabda Baginda s.a.w : '' Kepala2 mereka umpama bonggol2 unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya kerana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian jauh.'' 
(Riwayat Muslim no.2128 )

Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya sharh sahih muslim, makna '' kepala2 mereka umpama bonggol2 unta'' ialah mereka membesarkan rambut di kepala dengan melilitnya dengan kain serban, kain2 lilitan yang lain atau seumpamanya.

Jika meninggikan rambut dengan membuat sanggul di kepala walaupun bertudung dengan tujuan berhias dan menarik perhatian lelaki ajnabi, maka hukumnya HARAM.
Lelaki akan tertarik dengan sanggul yang tinggi itu. Apatah lagi ini satu kelainan dan mengundang lelaki ajnabi untuk terus melihat wanita tersebut.

Sehubungan itu, disarankan kepada mereka yang berambut panjang agar membuat sanggul pada paras leher, mengikat atau dibiarkan lepas di sebalik tudung. Jika tidak mahu, mungkin boleh dipotong sedikit agar kurang panjangnya.

Sesungguhnya wanita yang paling selamat dunia dan akhirat ialah wanita yang bertakwa dalam urusan agamanya. Sungguh, kita amat memuji kesungguhan sebahagian muslimah yang tidak terkesan dengan trend fesyen tudung dan pakain kini, yang menutup aurat tetapi menarik perhatian lelaki ajnabi.

Wanita muslimah yang bertakwa akan istiqamah mematuhi syariat dan menutup fitnah. Beruntunglah bapa atau suami yang memiliki anak perempuan atau isteri yang taat kepada Allah, Rasul dan suami. Harta yang paling berharga di dunia ialah WANITA YANG SOLEHAH. Tahniah buat muslimah sejati. :)

haaa,, dah habis.. penatnye menaip..
so cm ne?? fikir2 kan lah yeee.





SELAMAT BERAMAL <3



No comments:

Post a Comment