Monday 12 November 2012

My Half First Semester Life :D

ASSALAMUALAIKUM

hai semua :)
haaa nak tahu aq sgt bosan skrg nii.. mak oprate hari ni alhmdulillah semua selamat..
penat woo dok spital last2 aq y sakit..

kali ni nak cite pasal life aq sepanjg beberapa bulan berada di UKM.. best best

haa, ni YANI, roomate aq kat cni, die budak fizik.. kecik2 je orgnye.. sekepale ngan aq  =)
asal dri johor.
Dulu die ni manusia y paling liat nak bgun pagi tapi sekarg penyakit die tu da merebak kat aq plak...
atoyai ==' .. 
Die ni baik, (yani mesti kembg baca ni) haha..
sape nak kenal sila2 ke blok 14 kolej keris mas... cari ah minah nii mesti jumpe.. haha



PIQA, AKU n WATI
masa ni dalam kelas ape x ingat.. masing2 pantang nmpak camera kan.. bukan aq laa budak y kiri kanan tu.. kalau jumpe camera habis laaa... habisssss... hahha
ktorang tiga2 budak stats.. tau x ape tu?? statistik laaa !! atoyai korg nii tu pon x tahu.. haha.. ( memg aq nak kena hempuk jap g ni .. LOL )
pqa n wati ni due2 dak johor.. ramai sgt org johor kat cni.. xpaham tol aq..
-.-

haa ni budak2 stats sem1 2012/2013
ramai pompuan kan.. laki biasa r mengalami kepupusan.. haha..nak mention sorg2 ke??? xyah laa klau mention bukan korg kenal ponn.. haha..
diorang2 ni sporting kot.. haha.. xleh nak sure 100% sebb xbrape nak kenal sgt semuanye.. tapi y segelintar y aq btol2 kenal tu memg sewel kbykannye termasuk lah aq.. skepale laaa seng citer..


nak tgok gambar ag x?? klau nak sila la bce lagi klau xnak.. haaa kat atas belah kann tu ade tande X .. sila2 la tekan =)

gambar2 bawah ni plak aq amek masa g ""zoo"" negara.. ""best"" woo... ""byk"" gile bintg comel2.. hahaha tgok laa photo bawah niii..... comel kan... hahaha





haaa ni laa zoo kami... haha.. panjg sejarahnye y membolehkan tugu negara menjadi zoo negara kami... satu hari  y x dtg nak dilupekan.. xyah la citekan bukn korg nak bace pon.. hahaha


haa ni 1 ag gambr y ade dlm simpnn... ce teke mana tgn aq.. haha..
tgn ni milik aq, wati ngan fawwaz... haa bile sebut je nama fawwaz mesti aq ingat berjalan.. haha..
fawwaz ni manusia y kuat berjalan.. d sebbkan die ngan aq2 pon ade hobi y sama iaitu suke jalan2.. haha.. sian fawwaz.. soe la termengata jap.. nak kenal fawwaz.. p r cari fb die.. malas nak tunjuk muka die kat cnii...
jam ni kami beli kat TS klau x silap.. sume cadangan fawwaz.. haha fawwaz ag.. tapi memg die punye idea nak beli jam.. mungkin sebb aq beli jam nii jam kesygn aq hilg.. so skrg nii aq gune jam nii je laa...

ok la smpai sini jee aq nak tulis.. da xde gmbr nak tunjuk.. aq pon ase bosan nak menulis.. ahhaha.. mood hilang ttbe.. k laa klau ase bosan aq mntak maaf klau x tu alhmdulillah <3

k la salam sayang dari aku..

assalamualaikum =)









Friday 9 November 2012

Kisah Malaikat Jibril & Malaikat Mikail Menangis..


ASSALAMUALAIKUM =)
Salam Jumaat buat Kaum Muslimin & Muslimat..
hari ni nak kongsi 1 kisah teladan y boleh d ambil iktibarnya <3
Selamat Membaca..



Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

                        Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

                        Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

                        Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

                        Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s. dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah akuJadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

                        Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."


WALLAHUALAM..

=) Assalam