Sunday 31 March 2013

Hantu2 di TG2KM

fuh fuh....
berhabuk da blog.. heee
ehem2

Assalamualaikum...

waa da lama x meronggeng kat blog nii.. kali ni nak story morry pasal rumah hantu laa...
baru je habis berduty sebagai hantu la katakan :p
*pergh xleh bla ayat* hahaha..

Sebenarnye xtahu pon macam mana boleh terlibat ngan pembikinan rumah hantu ni.. semuanya gara2 Abang Sayed n budak2 BSMM yang lain.. projeknye hanya nak make up hantu.. last2 aq pon jadi hantu skali kan.. hahaha

hantu bersedia u bertugas.. haha

ok nak gelak yang nii... abg sayed macam joker.. kak zakiah scaryyyyyyy.......
hahahaha... dila comeeellll...

ni hantu kebosanan.. serta kepanasan... gila panas jadi hantu niii....
haha..

haaa ni die hantuu tangga... comel tauuu.. ggrrr.. hahaha... da la panas bermain api plak.. bagus hantu nii menerangi malam y gelap.. *ape punye ayat daa -_- *
ok gambar ni kitorang ambik lepas prank abg sayed... birthday die.. hahaha.. yg xleh blanye talk die pergh panjg... aq punye xtahan dgr... 

hahaha ok la tu malas nak upload byk2... hantu2 sbenarnye ramai lagi tapi x kesempatan nak ambik gambr.. hantu2 ni pemalu kot.. KOT laa.. hahaha
just nak ckp, happy sgt dapt kerjasama ngan rumah hntu... *betul ke penggunaan ayat tu? *
aahhh x kesah laa..

ada y kene smach, penampar, pijak la.. tersepak pon ada... yang paling xleh nye.. hantu sepak hantu.. sian sian sian.. 
abg zahrin sepak abg chin..
haaaaaa selamat x patah hidung je.. mcm2 diorg nii... 

aq hanya mampu gelak yang da smpai xde suara.. suara yg baru nak baik makin teruk... tapi xpe janji puas...
=)

TO ALL HANTU2 :

thanks for d great memos.. kitorg ahli bsmm makin rapat antara 1 sama lain n dalam masa y sama kitorg dapat kenal senior2 nii.. nakal meh..
ok xsuka buat ayat sedih.. just to say

THANKS A LOT... T KITA JUMPA LAGI.. <3  MISS THAT MOMENTS..
 papai 

with <3
-liza-






Friday 28 December 2012

Menangislah Kerana Takutkan ALLAH =)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum  :)

sedar x sedar kita semua dah menghampiri penghujung tahun 2012.. Dan sedar atau tidak, hari ni (28/12/2012) ialah hari jumaat terakhir bagi thun 2012..
Cube renung balik ape y kita dah buat sepanjng tahun ni...
kita capai x matlamat yang kita buat masa awal2 tahun dulu??
so, renung2 kan lah..

memandangkan nak tunggu solat zohor ni, aq nak kongsi 1 cerita bole?? 
bukan cerita ape pon,, just pengisian rohani sikit =)
selamat membaca <3


Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

 Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izinAllah s.w.t.

 Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


Allahu Akhbar =)
sayangnya Allah & Rasul kite pada umatnya kan.. =)

Jom kita renung2 balik apa y kita dah buat sepanjng tahun ni.. pernah x kita menangis kerana Allah..
Hinanya diriku ini kerana dosa2 yang aq pernah buat..

Semoga kita semua sama2 cuba utk perbaiki kelemahan & sentiasa ada kemahuan utk menjadi y lebih baik...

inshaaAllah 
Allah sentiasa bersama hamba2Nya..

ok la sampai sini dulu pengisian u kali nii..
kalau panjg umur, kita jumpa lagi..

SALAM JUMAAT DARI KU <3

Assalamualaikum. !





Thursday 27 December 2012

DI PAGI HARI..~

bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Jam dah menunjukkan pkol 2 pagi tapi still xleh tido..
masa2 macam ni dah kalau xleh tido sptotnye aq solat sunat ke taubat ke tapi xterbuat jugak..

Ttbe aq renung balik ape y aq buat seharian kat sini..
gaya hidup?
cara bergaul?
amalan?
kejahatn?
kebaikan?


Sedihnye bila hidup tanpa rahmat Allah.. aq rasa aq da makin jauh dariNYA.. ape y buat aq rasa macam tu pon xtahu la ape..

aq hanya harap one day......
ALLAH BETUL2 BUKAK PINTU HIDAYAH U HAMBANYA YANG HINA NII..

dan semoga aq juga berusaha untuk berubah ke arah y lebih baik..

Ya ALLAH,
bantulah hambaMu ini =(

Monday 12 November 2012

My Half First Semester Life :D

ASSALAMUALAIKUM

hai semua :)
haaa nak tahu aq sgt bosan skrg nii.. mak oprate hari ni alhmdulillah semua selamat..
penat woo dok spital last2 aq y sakit..

kali ni nak cite pasal life aq sepanjg beberapa bulan berada di UKM.. best best

haa, ni YANI, roomate aq kat cni, die budak fizik.. kecik2 je orgnye.. sekepale ngan aq  =)
asal dri johor.
Dulu die ni manusia y paling liat nak bgun pagi tapi sekarg penyakit die tu da merebak kat aq plak...
atoyai ==' .. 
Die ni baik, (yani mesti kembg baca ni) haha..
sape nak kenal sila2 ke blok 14 kolej keris mas... cari ah minah nii mesti jumpe.. haha



PIQA, AKU n WATI
masa ni dalam kelas ape x ingat.. masing2 pantang nmpak camera kan.. bukan aq laa budak y kiri kanan tu.. kalau jumpe camera habis laaa... habisssss... hahha
ktorang tiga2 budak stats.. tau x ape tu?? statistik laaa !! atoyai korg nii tu pon x tahu.. haha.. ( memg aq nak kena hempuk jap g ni .. LOL )
pqa n wati ni due2 dak johor.. ramai sgt org johor kat cni.. xpaham tol aq..
-.-

haa ni budak2 stats sem1 2012/2013
ramai pompuan kan.. laki biasa r mengalami kepupusan.. haha..nak mention sorg2 ke??? xyah laa klau mention bukan korg kenal ponn.. haha..
diorang2 ni sporting kot.. haha.. xleh nak sure 100% sebb xbrape nak kenal sgt semuanye.. tapi y segelintar y aq btol2 kenal tu memg sewel kbykannye termasuk lah aq.. skepale laaa seng citer..


nak tgok gambar ag x?? klau nak sila la bce lagi klau xnak.. haaa kat atas belah kann tu ade tande X .. sila2 la tekan =)

gambar2 bawah ni plak aq amek masa g ""zoo"" negara.. ""best"" woo... ""byk"" gile bintg comel2.. hahaha tgok laa photo bawah niii..... comel kan... hahaha





haaa ni laa zoo kami... haha.. panjg sejarahnye y membolehkan tugu negara menjadi zoo negara kami... satu hari  y x dtg nak dilupekan.. xyah la citekan bukn korg nak bace pon.. hahaha


haa ni 1 ag gambr y ade dlm simpnn... ce teke mana tgn aq.. haha..
tgn ni milik aq, wati ngan fawwaz... haa bile sebut je nama fawwaz mesti aq ingat berjalan.. haha..
fawwaz ni manusia y kuat berjalan.. d sebbkan die ngan aq2 pon ade hobi y sama iaitu suke jalan2.. haha.. sian fawwaz.. soe la termengata jap.. nak kenal fawwaz.. p r cari fb die.. malas nak tunjuk muka die kat cnii...
jam ni kami beli kat TS klau x silap.. sume cadangan fawwaz.. haha fawwaz ag.. tapi memg die punye idea nak beli jam.. mungkin sebb aq beli jam nii jam kesygn aq hilg.. so skrg nii aq gune jam nii je laa...

ok la smpai sini jee aq nak tulis.. da xde gmbr nak tunjuk.. aq pon ase bosan nak menulis.. ahhaha.. mood hilang ttbe.. k laa klau ase bosan aq mntak maaf klau x tu alhmdulillah <3

k la salam sayang dari aku..

assalamualaikum =)









Friday 9 November 2012

Kisah Malaikat Jibril & Malaikat Mikail Menangis..


ASSALAMUALAIKUM =)
Salam Jumaat buat Kaum Muslimin & Muslimat..
hari ni nak kongsi 1 kisah teladan y boleh d ambil iktibarnya <3
Selamat Membaca..



Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

                        Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

                        Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

                        Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

                        Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s. dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah akuJadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

                        Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."


WALLAHUALAM..

=) Assalam


Thursday 18 October 2012

Rindu Insan Tercinta

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum wahai umat sekalian manusia..

Hopefully sihat2 la yee.. (mcm ade y bace)
ok bukan nak buat ape pun sbenarnye nii.. duduk sorang2 dalm bilik mcm ni memg sgt bosan !!

aq ase xsmpai 2bulan pon aq tinggalkan rumah tapi da terasa sgt lama..
RINDU MAK N ABAH.. mende y aq xkan pernah xrase.. Rindu masakan mak,,
rindu nak tidur ngan mak.. rindu nak buat semua laa ngan mak abah.. mesti korang2 pon rindu kan... tipu la kalau ckp xrindu.. (padahal aq je y mnje sgt.. hehe)


haaa sweet x?? hehe..
ni gmbar zaman bila ntah xingat.. xkesah laa zaman neolitik ke paleolitik ke... diorang ni jatung hati aq selamanya..

kalau la mak abah bace blog aq ni mesti diorang cakap 
""oh my cuty.. u're so cuwiitt""
haha...

n aq akan cakap ""i'm always cuwwiitt""
(nmpak x kegedikkannya d ctu)) haha..

tgh2 mlm mcm ni tulis pasal mak abah boleh senyum sorang2.. see betapa kuatnye ukhwah anak n ibu bapa.. 
kalau ade anak y xreti nak hargai ibubapa tu x tahu laa nak kate apekan... 
kalau aq senang je nak ckp pe ""go to hell laa""
the "best" ever tmpat u org mcm tu... mintak d jauhkan.. ;D

k laa tu je nak tulis.. terubat rindu sikit kat mak abah.. tggu anakmu balik raya haji ni yee <3 hehe

flying kiss for mak abah <3 <3 <3 
muah muah..

paipai.. assalam :)

Thursday 27 September 2012

BONGGOL UNTA...

                                                    Bismillahirrahmanirrahim..

                                                          Assalamualaikum :)

haa kali ni nak kongsi 1 cerite yang aq ade terbace dalam solusi isu no.44.. erm cerite ke xsure la tapi ade la jugk pgisian nye.. :)
harap2 xkena saman lah sebb memg aq copy 100% crite ni.. hehe



agak2 cerite pasal ape??
asenye semua org tahu kot mende ni tapi xramai pon yang buat..
expecially perempuan...
suke la sgt buat..
xpaham betul aq..
dah2 jom baca article nii..

article ni ada pada halaman 39 majalah solusi isu no.44


SANGGUL BONGGOL UNTA

wanita sentiasa suka mengikut perkembangan semasa dalam berhias sehingga tanpa sedar mengorbankan agama sendiri. Budaya sanggul tinggi walaupun bertudung sudah digemari ramai wanita Islam. Dalam kalangan ustaz pon terdapat perbezaan pendapat. Semoga pihak Ustaz dapat membantu menguraikan kekeliruan ini..

jawapan :

merujuk kaedah fiqah " hukum asal sesuatu perkara adalah harus", maka harus selagi tiada unsur yang bertentangan dengan syariat yang dilakukan.

Trend sanggul tinggi ni mula digemari masyarkat kita kebelakangan ini. Tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ilmuwan Islam berkenaan masalah ini. Kembali kepada kaedah fiqah di atas, maka keharusan sanggul ini dibolehkan kepada muslimah dengan syarat tidak berniat untuk menarik perhatian lelaki ajnabi seterusnya boleh menimbulkan syahwat terutamanya lelaki yang lemah iman dan ditimpa penyakit hati. Bersanggullah setinggi manapun tetapi biarlah untuk suami tersayang, ketika bersama mahram, dan wanita atau di tempat yang tiada lelaki ajnabi.

Mafhum sabda Baginda s.a.w : '' Kepala2 mereka umpama bonggol2 unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya kerana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian jauh.'' 
(Riwayat Muslim no.2128 )

Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya sharh sahih muslim, makna '' kepala2 mereka umpama bonggol2 unta'' ialah mereka membesarkan rambut di kepala dengan melilitnya dengan kain serban, kain2 lilitan yang lain atau seumpamanya.

Jika meninggikan rambut dengan membuat sanggul di kepala walaupun bertudung dengan tujuan berhias dan menarik perhatian lelaki ajnabi, maka hukumnya HARAM.
Lelaki akan tertarik dengan sanggul yang tinggi itu. Apatah lagi ini satu kelainan dan mengundang lelaki ajnabi untuk terus melihat wanita tersebut.

Sehubungan itu, disarankan kepada mereka yang berambut panjang agar membuat sanggul pada paras leher, mengikat atau dibiarkan lepas di sebalik tudung. Jika tidak mahu, mungkin boleh dipotong sedikit agar kurang panjangnya.

Sesungguhnya wanita yang paling selamat dunia dan akhirat ialah wanita yang bertakwa dalam urusan agamanya. Sungguh, kita amat memuji kesungguhan sebahagian muslimah yang tidak terkesan dengan trend fesyen tudung dan pakain kini, yang menutup aurat tetapi menarik perhatian lelaki ajnabi.

Wanita muslimah yang bertakwa akan istiqamah mematuhi syariat dan menutup fitnah. Beruntunglah bapa atau suami yang memiliki anak perempuan atau isteri yang taat kepada Allah, Rasul dan suami. Harta yang paling berharga di dunia ialah WANITA YANG SOLEHAH. Tahniah buat muslimah sejati. :)

haaa,, dah habis.. penatnye menaip..
so cm ne?? fikir2 kan lah yeee.





SELAMAT BERAMAL <3