Thursday 27 September 2012

BONGGOL UNTA...

                                                    Bismillahirrahmanirrahim..

                                                          Assalamualaikum :)

haa kali ni nak kongsi 1 cerite yang aq ade terbace dalam solusi isu no.44.. erm cerite ke xsure la tapi ade la jugk pgisian nye.. :)
harap2 xkena saman lah sebb memg aq copy 100% crite ni.. hehe



agak2 cerite pasal ape??
asenye semua org tahu kot mende ni tapi xramai pon yang buat..
expecially perempuan...
suke la sgt buat..
xpaham betul aq..
dah2 jom baca article nii..

article ni ada pada halaman 39 majalah solusi isu no.44


SANGGUL BONGGOL UNTA

wanita sentiasa suka mengikut perkembangan semasa dalam berhias sehingga tanpa sedar mengorbankan agama sendiri. Budaya sanggul tinggi walaupun bertudung sudah digemari ramai wanita Islam. Dalam kalangan ustaz pon terdapat perbezaan pendapat. Semoga pihak Ustaz dapat membantu menguraikan kekeliruan ini..

jawapan :

merujuk kaedah fiqah " hukum asal sesuatu perkara adalah harus", maka harus selagi tiada unsur yang bertentangan dengan syariat yang dilakukan.

Trend sanggul tinggi ni mula digemari masyarkat kita kebelakangan ini. Tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ilmuwan Islam berkenaan masalah ini. Kembali kepada kaedah fiqah di atas, maka keharusan sanggul ini dibolehkan kepada muslimah dengan syarat tidak berniat untuk menarik perhatian lelaki ajnabi seterusnya boleh menimbulkan syahwat terutamanya lelaki yang lemah iman dan ditimpa penyakit hati. Bersanggullah setinggi manapun tetapi biarlah untuk suami tersayang, ketika bersama mahram, dan wanita atau di tempat yang tiada lelaki ajnabi.

Mafhum sabda Baginda s.a.w : '' Kepala2 mereka umpama bonggol2 unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya kerana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian jauh.'' 
(Riwayat Muslim no.2128 )

Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya sharh sahih muslim, makna '' kepala2 mereka umpama bonggol2 unta'' ialah mereka membesarkan rambut di kepala dengan melilitnya dengan kain serban, kain2 lilitan yang lain atau seumpamanya.

Jika meninggikan rambut dengan membuat sanggul di kepala walaupun bertudung dengan tujuan berhias dan menarik perhatian lelaki ajnabi, maka hukumnya HARAM.
Lelaki akan tertarik dengan sanggul yang tinggi itu. Apatah lagi ini satu kelainan dan mengundang lelaki ajnabi untuk terus melihat wanita tersebut.

Sehubungan itu, disarankan kepada mereka yang berambut panjang agar membuat sanggul pada paras leher, mengikat atau dibiarkan lepas di sebalik tudung. Jika tidak mahu, mungkin boleh dipotong sedikit agar kurang panjangnya.

Sesungguhnya wanita yang paling selamat dunia dan akhirat ialah wanita yang bertakwa dalam urusan agamanya. Sungguh, kita amat memuji kesungguhan sebahagian muslimah yang tidak terkesan dengan trend fesyen tudung dan pakain kini, yang menutup aurat tetapi menarik perhatian lelaki ajnabi.

Wanita muslimah yang bertakwa akan istiqamah mematuhi syariat dan menutup fitnah. Beruntunglah bapa atau suami yang memiliki anak perempuan atau isteri yang taat kepada Allah, Rasul dan suami. Harta yang paling berharga di dunia ialah WANITA YANG SOLEHAH. Tahniah buat muslimah sejati. :)

haaa,, dah habis.. penatnye menaip..
so cm ne?? fikir2 kan lah yeee.





SELAMAT BERAMAL <3



Sunday 23 September 2012

PILIHANRAYA KAMPUS ~~~

Assalamualaikum,,

hi semua.. haha cam ramai je yang bace blog ni kan..
petang ni mcm x ada apa nak buat, so sempat lah nak menyonteng kat sini..

mesti sekarg ni ramai yang tahu pasal PILIHANRAYA KAMPUS kan.. comfirm lah..
xterkecuali lah aq ni.. Student2 lain sibuk dok sibuk2 pasal pilihanraya n aq xtahu apa2..
teruk kan.. hahahaha... tapi nak buat cm ne dah aq ni memg macam nii.. xberminat dah 1.. tapi sbg mahasiswa dah mnjadi 1 tanggungjawab.. so mcm mana?

kat UKM ni pilihanraya akan di jalankan 25 september 2012 (selasa) dan tempat mengundi aq kat KOLEJ KERIS MAS (kolej aq jugk) sedapkan nama kolej aq ni... ok lari topik plak..
masalah aq skrg ialah aq xkenal seorang pon calon yang bertanding dan aq xtahu ape itu GM ape itu INSPIRASI.. tu la kan, bila org lain dok sibuk2 promote xnak join.. so, ksudahannya macam ni lah.. ZERO.. x tahu apa2... so bad attitute.. ish ish ish



Aq tengok situasi pilihanraya kat UKM ni lebih kurg je macam politik kat luar.. ( mak ai masuk bab politik plak ).
tapi tu la yang aq rasa. Macam kerajaan n pembangkang. Dan masalah aq lagi, aq x tahu mana yang betul n mana y salah.. ( masalah btol kan manusia ni ).. Kalau tengok kat menifesto tu semuanya ok2.. dah nama pun manifesto kan.. 
so, aq pon xtahu la nak selesaikan masalah dalaman aq ni cm ne.. mungkin masa yang tinggal ni aq kena kaji balik semua mende alah ni.. yang dulunya aq fikir xpenting tapi bila dah jadi mahasiswa dah jadi tanggungjawab aq.. so dah namanya pun TANGGUNGJAWAB, aq kena jalankannya dengan ikhlas.. semoga aq buat pilihan yang betul <3

DAN JUGA SEMOGA PEMIMPIN2 INI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN BAIK DAN TIDAK MEMBELAKANGKAN SYARIAT ISLAM..

wallahualam

Ber-GM lebih baik ( yang slalu aq nmpk ) tapi xtahu apa maksudnya..
2 days to go.. 
May Allah bless all of us.


Saturday 22 September 2012

ASSALAMUALAIKUM :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah lepas gak hajat nak buat blog. Harap2nye dgn adenye blog ni boleh kongsi apa2 yang bermanfaat u siapa2 y bace blog ni laa... mesti banyak salah kan mule2 ni... nak buat blog ni pun ntah ape2 butang tekan..
ttbe je gedik nak buat blog plak.. harap dpt gune dengan sebaiknya..
Mungkin juga boleh jadikan medium untuk sebar dakwah..
bunyi macam baik sgt je.. tapi kan semua org nak jadi baik.. kompom laa... ke ade y nak jadi jahat??
wallahualam la kan..
insyaAllah lain kali sambung berblogging.. ni saje2 nak test dulu..

ok la assalamualaikum  :)